Sertai seminar sehari  EKSKLUSIF berimpak tinggi yang
akan membimbing anda langkah-demi-langkah
untuk berhasil menghafaz surah idaman berpandukan
Kaedah Jibril yang telah terbukti berkesan dan sangat praktikal!.....
Hubungi kami :

RIZQONA ENTERPRISE (001673896-D )

PEJABAT OPERASI :
C3-5-1 Putra Permai 2,
Taman Equine,
43300 Sri Kembangan,
Selangor D.E

Tel             : 019 222 9602
Faks            : 03 8944 2508
E-mel           : Kaedahjibril@yahoo.com
Web             : www.kaedahjibril.com
Contact Person  : En. Mohammad

Latar Belakang Pendidikan


       Ustaz Hj. Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz berkelulusan B.A (Hons) Al-Quran dan Qiraat, Universiti Al-Azhar, Mesir serta Masters dalam bidang Psychology (Industri Organisasi), U.K.M.

       Ketika di Mesir, Ustaz Asraff merupakan graduan ke 2 terbaik bagi pelajar Malaysia dalam bidangnya. Manakala, sewaktu menyambung peringkat Master di UKM, Ustaz Asraff menduduki senarai anugerah graduan cemerlang bagi penuntut Master dan Ph.D (CGPA 3.75 keatas) bagi tahun 2006.


Pengalaman Dalam Bidang Hafazan


Ustaz Asraff memiliki pengalaman luas sebagai Hafiz Al-Quran selama 16 tahun.

       Beliau pernah menjadi johan majlis menghafaz Al-Quran 30 Juzu’ Negeri Sembilan sebanyak 2 kali. Beliau juga pernah berkongsi pengalamannya di pusat tahfiz Al-Quran utama Negeri Sembilan iaitu Maahad Ahmadi (kini dikenali sebagai ITQAN). Antara hasil didikan anak muridnya yang cemerlang ialah sehingga menjadi johan menghafaz Al-Quran peringkat Kebangsaan.

       Beliau juga mencurahkan kepakaran beliau di DARUL QURAN JAKIM, melatih pelajar untuk lebih berdedikasi dalam menghafaz Al- Quran melalui corak hafazan yang sistematik.

Penglibatan Dalam Masyarakat

       Pengalaman Ustaz Asraff dalam mengajar hafazan kepada masyarakat umum semakin meluas. Selain menyampaikan ilmu melalui kuliah bacaan Al-Quran dan Tafsir, beliau juga pernah mengadakan kelas intensif hafazan di Masjid Ar-Rahman Kg. Tunku, Petaling Jaya, dan kini mempelopori kuliah KAEDAH JIBRIL di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur.

       Pengalaman Ust. Asraff menjadi Imam tarawikh juga membuktikan beliau sangat menitikberatkan hafazannya. Selain menjadi Imam tarawikh jemputan khas di kedutaan Malaysia Mesir ketika menuntut di sana, pengalaman menjadi imam terawikh 30 Juz di Malaysia juga pelbagai. Antaranya di Masjid Nur, Bandar Baru Bangi, Masjid TNB, Kuala Lumpur dan yang terkini, di Masjid Wilayah, Kuala Lumpur pada tahun 2006 dan 2007, di mana bacaan solatnya itu disiarkan secara langsung melalui radio IKIM.

Antara pengalaman seminar yang pernah beliau jalankan ialah :

- Program Motivasi Anak Soleh Daerah Seremban - 2004
- Seminar Kerjasama Pintar sumber Manusia menghadapi tuntutan Global - 2005
- Seminar Psikologi Hipnoterapi U.K.M - 2006
- Seminar ‘Personal Power Workshop’ – 2006
- Ceramah ‘Kenali Personaliti Anda’ – Darul Quran : Oktober 2006
- SERTA BERPULUH-PULUH SEMINAR KAEDAH JIBRIL DI SELURUH PELOSOK MALAYSIA


Hubungi beliau


       Ustaz Asraff mempunyai satu misi yang jelas untuk mengembangkan lagi kaedah ini, iaitu meng’Quran’kan masyarakat, dan Me’masyarakat’kan  Al-Quran.

       Untuk itu, beliau amat bersedia untuk berkongsikan KAEDAH JIBRIL dengan sesiapa sahaja, di mana sahaja : masyarakat, organisasi, syarikat, pertubuhan, badan kebajikan,  persatuan, NGO, pelajar universiti, masjid-masjid, Institusi pengajian tinggi dan sebagainya.

       

KENALI

Ustaz Hj. Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz

B.A (Hons) Al-Quran Wal Qira’at, U. Al-Azhar
Masters (I.O Psychology)  U.K. Malaysia