TERMA & SYARAT TIKET PERCUMA ‘JEMPUTAN KHAS’.
Tiket percuma ’JEMPUTAN KHAS’ ini diberikan berdasarkan beberapa terma dan syarat iaitu :
1. Tiket ini adalah PERCUMA dan ia tidak boleh ditukar dengan wang ringgit pada bila-bila masa dalam apa jua nilai sekalipun.
2. Tiket ini hanya sah digunakan oleh PEMILIK SAHAJA berdasarkan NAMA KETIKA PEMBELIAN PAKEJ ISTIMEWA dan NOMBOR TIKET . Ia tidak boleh ditukarmilik atau dipindahmilik kepada sesiapa jua sekalipun.
3. Tiket ini hanya sah digunakan untuk seminar 'Kaedah hafazan super si cilik - KAEDAH XXX' yang dianjurkan oleh syarikat Rizqona Enterprise/Syarikat Ustaz Asraff sahaja. Ia tidak sah digunakan untuk seminar yang tidak dianjurkan oleh syarikat, atau seminar sama tetapi dianjurkan oleh syarikat/organisasi/persatuan/individu lain.
4. Tiket ini sah digunakan selama 2 tahun dari tarikh seminar pertama 'Kaedah hafazan super si cilik - KAEDAH XXX' diadakan. Pihak syarikat memberikan prioriti utama dengan menghubungi/menghantar jemputan kepada pemilik tiket berdasarkan emel/alamat hubungan terakhir yang diberikan sewaktu pembelian.
5. Sepanjang tempoh 2 tahun tersebut, pemilik tiket boleh memilih untuk menyertai hanya SATU SAHAJA seminar 'Kaedah hafazan super si cilik - KAEDAH XXX' pada tarikh yang dimaklumkan melalui jemputan atau laman web. Pemilik tiket juga perlu menghubungi pihak syarikat terlebih dahulu untuk mengesahkan kehadiran pada tarikh seminar yang ditentukan.
6. Pemilik tiket perlu membawa tiket ini (beserta terma & syarat) ketika pendaftaran pada hari seminar (dalam bentuk cetakan/print.)
7. SANGAT PENTING! : Ketika pendaftaran pada hari seminar, sila lengkapkan NAMA PENUH DI TIKET. Jika didapati nama pemilik tidak sama/tidak tersenarai pada senarai pembeli pakej istimewa dalam simpanan kami, pihak syarikat berhak menolak penggunaan tiket ini dan anda perlu membayar pada harga sebenar. Sila pastikan nama yang dicatatkan di tiket SAMA dengan nama yang digunakan ketika membeli pakej istimewa.
8. Kelayakan kehadiran seminar adalah berdasarkan kekosongan dan ‘first come first serve’. Jika tempat seminar pada tarikh ditentukan sudah penuh, pihak syarikat berhak menukar kehadiran pemilik tiket pada tarikh lain.
9. Pihak syarikat Rizqona Enterprise atau syarikat mewakili Ustaz Asraff selaku penganjur seminar berhak membatalkan dan menolak penyertaan pemilik tiket jika mereka dipercayai dan didapati mengganggu kelancaran seminar.
10. Jika pihak syarikat membatalkan seminar ini atas apa jua sebab, penggunaan tiket ini juga akan terbatal secara automatik dan pihak syarikat akan memaklumkannya kepada pemilik tiket.
TERMA DAN SYARAT TIKET DISKAUN.
1. Tiket diskaun ini tidak boleh ditukar dengan wang ringgit pada bila-bila masa dalam apa jua nilai sekalipun.
2. Tiket ini hanya sah digunakan untuk seminar 'Kaedah hafazan super si cilik - KAEDAH XXX' yang dianjurkan oleh syarikat Rizqona Enterprise/ Syarikat Ustaz Asraff sahaja. Ia tidak sah digunakan untuk seminar yang tidak dianjurkan oleh syarikat, atau seminar sama tetapi dianjurkan oleh syarikat/organisasi/persatuan/individu lain.
3. SANGAT PENTING! : Tiket diskaun ini boleh diberikan kepada sesiapa sahaja DENGAN SYARAT pemegang tiket hendaklah HADIR BERSAMA dengan pemegang tiket JEMPUTAN KHAS yang memberikan tiket ini kepadanya pada hari seminar. Ia tidak sah digunakan jika pembawa tiket hanya menyertakan tiket diskaun sahaja. Ini untuk mengelakkan sebarang manipulasi penyalahgunaan penggunaan tiket.
4. Pemegang tiket perlu membawa tiket ini ketika membuat pembayaran. Sebarang pembayaran atas penggunaan tiket diskaun adalah tidak sah tanpa menunjukkan tiket diskaun sebenar (dalam bentuk cetakan/print).
5. Tiket diskaun sah digunakan selama 2 TAHUN dari tarikh seminar pertama 'Kaedah hafazan super si cilik - KAEDAH XXX' diadakan dan sah digunakan SEKALI SAHAJA oleh sesiapa sahaja yang memilikinya. Ia akan dibatalkan selepas digunakan berdasarkan nombor siri tiket ketika pendaftaran pada hari seminar.
6. Kelayakan kehadiran seminar adalah berdasarkan kekosongan dan ‘first come first serve’. Jika tempat seminar pada tarikh ditentukan sudah penuh, pihak syarikat berhak menukar kehadiran pemilik tiket pada tarikh lain.
7. Pihak syarikat Rizqona Enterprise atau syarikat mewakili Ustaz Asraff selaku penganjur seminar berhak membatalkan dan menolak penyertaan pemilik tiket jika mereka dipercayai dan didapati mengganggu kelancaran seminar.
8. Jika pihak syarikat membatalkan seminar ini atas apa jua sebab, penggunaan tiket ini juga akan terbatal secara automatik dan pihak syarikat akan memaklumkannya kepada pemilik tiket.
Dengan membeli Pakej Istimewa dan menerima tiket percuma serta tiket diskaun, anda secara automatiknya bersetuju mengikuti semua terma, syarat dan maklumat di atas.